Jeti Tanjung surat merupakan laluan pengangkutan utama penduduk yang tinggal di pulau tanjung surat. Pulau ini memiliki banyak khazanah dan peninggalan lama. Tanjung surat merupakan kawasan hilir disepanjang sungai Johor. Antara peninggalan lama yang ada di pulau tanjung surat adalah istana lama Johor. Berdasarkan maklumat penduduk, istana ini memiliki 200 anak tangga dari pantai. Berikut gambaran sisa tapak peninggalan istana lama johor yang berada di sini Tanjung Surat.
Berikut merupakan kawasan perigi yang digunakan oleh golongan istana. Perigi ini merupakan peninggalan sisa utama yang kami lihat semasa pendakian bermula. Tambahan pula, pendakian kami ini menggunakan kawasan belakang istana. Sepanjang pendakian kami tidak mengalami kesukaran ekoran adanya petanda yang dibuat oleh penduduk.
Sampai sahaja di puncak kami hanya melihat sisa bangunan istana lama johor yang tidak lagi diurus dan dimajukan.
Sisa bangunan ini akan menjadi sumber kepada saya dan juga anda, bahawa tanjung surat pernah menjadi pusat pemerintahan yang unggul dan menyimpan pelbagai cerita rakyat yang boleh menjadi sumber kepada bahan kajian dalam pelbagai aspek. Pencarian seterusnya ke pusat pemerintahan johor lama dan tanjung belungkor.
Sekian, insan yang dahagakan ilmu.
Jeti Tanjung surat merupakan laluan pengangkutan utama penduduk yang tinggal di pulau tanjung surat. Pulau ini memiliki banyak khazanah dan peninggalan lama. Tanjung surat merupakan kawasan hilir disepanjang sungai Johor. Antara peninggalan lama yang ada di pulau tanjung surat adalah istana lama Johor. Berdasarkan maklumat penduduk, istana ini memiliki 200 anak tangga dari pantai. Berikut gambaran sisa tapak peninggalan istana lama johor yang berada di sini Tanjung Surat.
Salam. Saya penulis buku “Kerana Cinta Aku Derhaka”, travelog mencari hikmat sejarah di Johor Lama. Baru ini saya tahu ada lagi peninggalan sejarah johor Lama di Tanjung Surat. Boleh saya tahu bagaimana cara menuju ke sana? Istana ini dibina zaman bila? Apa lagi ya tinggalan masih ada?
ReplyDeleteTerima kasih banyak atas perkongsian!