Monday 30 October 2017

LOKASI 2: KOTA JOHOR LAMA, KOTA TINGGI, JOHOR.



Peninggalan Sejarah di pesisiran sungai Johor iaitu di Kota Johor Lama. Gambar atau grafik ini telah saya ambil pada 5 Ogos 2017, Kota Johor Lama ini telah dibina oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II (Sultan Johor Kedua 1528-1564) pada tahun 1540 apabila bagindanberpindah dari Kota Sayong. Kota ini telah dibina daripada susunan tiga jenis batu iaitu granit, batu karang dan batu laterit serta ditambak dengan tanah.


Pernah menjadi menjadi pusat Kerajaan Johor sebanyak dua kali iaitu zaman pemerintahan Sultan Allaudin  Riayat Syah II selama 24 tahun (1540-1587). Dengan terbinanya kota ini, kerajaan johor menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan telah berjaya mematahkan beberapa serangan daripada acheh di zaman pemerintahan Sultan Allauddin Riayat Syah II. Keistimewaan Kota Johor Lama ini adalah ianya terletak diatas bukit yang tinggi dan mampu melihat kapal-kapal, sampan-sampan yang berada di sekitar perairan sungai Johor Lama. Tambahan pula, terdapatnya kubu-kubu pertahanan yang dibuat sebagai pertahanan jika Kota Johor Lama ini diserang oleh musuh. 


Tertubuhnya Kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan telah berjaya mematahkan bebrapa serangan daripada Acheh di zaman pemerintahan Sultan Allauddin  Riayat Syah II walaupun akhirnya tewas pada tahun 1564. Kota Johor Lama juga pernah diserang oleh Portugis pada zaman pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II pada tahun 1567 dan 1578 namun berjaya ditumpaskan oleh tentera-tentera Johor.




Pada 15 Ogos 1587, Kota Johor Lama telah dikepung oleh tentera Portugis selama sebulan di bawah pimpinan Siamo de Abreu da Antonio de Noronha dan telah menyebabkan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah berundur ke Batu Sawar. Setelah Kota Johor Lama ditinggalkan, Portugis telah memusnahkan pusat pentadbiran Kota Johor Lama dan dibakar segala apa yang ada di dalamnya. Kesemua harta yang ada di Kota Johor lama dirampas seperti meriam, perahu besar dan kecil serta segala harta yang ditinggalkan di bawah oleh Portugis. Walaubagaimapun, kapal yang membawa segala hasil rampasan telah karam di perairan Indonesia. Tamat. Jika dirungkai dan diteliti masih banyak lagi peristiwa-peristiwa hebat yang berlaku di perairan Johor. Namun ianya adalah satu anugerah sebagai harta penyimpanan yang harus dikutip dan dicari. Lantaran itu, saya berharap anda semua sama-sama membaca dan mencari dari bukti-bukti tambahan yang sahih agar peninggalan sejarah di pesisiran Sungai Johor terus terpelihara sehingga ke generasi seterusnya.

No comments:

Post a Comment

KEKUATAN BADANG DARI MUNTAH HANTU (TOKOH DI KOTA TINGGI)

HASIL TULISAN DARI SUMBER TUKANG CERITA YANG DIKUTIP OLEH AFIFAH SUAINI Pada masa dahulu tinggal seorang pemuda yang bernama ...