HASIL TULISAN DARI SUMBER TUKANG CERITA YANG DIKUTIP OLEH AFIFAH SUAINI
Pada
masa dahulu tinggal seorang pemuda yang bernama Badang. Badang merupakan
seorang pemuda yang rajin. Dimana Badang akan bangun awal pagi untuk turun
menebas semak. Sebelum mula kerja menebas Badang akan turun ke sungai untuk
melihat lukah yang dipasangnya. Namun Badang terperanjat apabila melihat
terdapat timbunan tulang-tulang ikan di tebing sungai berhampiran lukahnya.
Lantas Badang segera pergi mengangkat lukahnya. Badang mendapati lukahnya telah
diusik orang. Di dalamnya tidak ada ikan kecuali tinggalan sisik-sisik ikan.
Dia berasa hairan. Badang menahan lagi lukahnya di tempat yang sama. Kemudian,
Badang pergi menyiapkan kerja di rumah tuannya sehingga waktu petang lalu
pulang ke rumah tanpa melihat lukahnya pada waktu petang kerana lukah akan
mengena pada waktu malam.
Keesokkan
harinya seperti biasa Badang akan bangun awal untuk pergi ke sungai bagi
melihat lukahnya. Sekali lagi, Badang terperanjat kerana timbunan tulang ikan
di tepi sungai itu bertambah banyak. Badang terus pergi mengangkat lukahnya.
Badang mendapati lukahnya itu tiada ikan
melainkan sisik ikan sahaja yang tinggal. Peristiwa ini menyebabkan
sungai ini dipanggil sungai Sisik. Peristiwa diteruskan apabila Badang
bertambah hairan. “Siapakah yang makan ikan mentah di dalam lukah ku?” dia bertanya
dalam hatinya.
Badang
mengambil keputusan ingin mengintai siapakah yang mencuri ikan di dalam
lukahnya itu. Dia menahan semula lukah itu. Apabila hari sudah senja, Badang
tidak balik. Sebaliknya Badang pergi mengintai siapakah yang mncuri ikan di dalam
lukah itu lalu menyusup masuk ke dalam semak. Apabila larut malam datanglah
satu lembaga yang mempunyai muka yang hodoh, matanya yang merah, bertaring
panjang, berjanggut dan berambut panjang. Badang beranggap lembaga itu
merupakan hantu air. Hantu air itu mengangkat lukah lalu mengambil ikan-ikan di
dalamnya.“ Wah, hantu itu rupa-rupanya!” kata Badang di dalam hatinya. “Aku
tidak takut kepada hantu itu!” ujar Badang lagi di dalam hatinya. Badang lalu
memberanikan dirinya, walaupun berasa seram. Dia segera menerkam dan menangkap
janggut hantu itu. Akhirnya hantu itu mengaku kalah dan meminta supaya
dilepaskan. Namun Badang tidak melepaskan hantu itu dengan mudah.
Hantu
itu merayu-rayu minta dilepaskan. “Kalau tuan hamba melepaskan hamba, hamba
akan berikan apa sahaja yang tuan hamab mahu,”ujar hantu itu. Badang terfikir,
“Betulkah janji hantu ini?”. Badang memikirkan apa yang dia mahu minta.
“Baiklah! Aku mahu jadi gagah perkasa,” kata Badang. “ Kalau tuan hamba mahu
jadi gagah , tuan hamba hendaklah makan muntah hamba,” kata hantu itu.
Badang
termenung dan berfikir sejenak. “Baiklah! Aku setuju. Cepat! Biar aku jadi
gagah,” kata Badang. Hantu itu muntah di atas daun keladi yang ada di situ.
Tanpa berlengah lagi, Badang pun makanlah muntah hantu itu sehingga habis.
Setelah
melihat Badang selesai makan muntahnya, hantu itu pun berkata, “Harap lepaskan
hamba! Hamba telah memenuhi permintaan tua hamba!”
“Tidak!”
jawab Badang.
“Walupun
aku sudah habis memakan muntah, itu belum bermaksud aku sudah menjadi kuat dan
gagah!”
“Kalau
tuan hamba tidak percaya, tuan hamba boleh menguji kekuatan baru tuan hamba itu
sekarang juga,” Jawab hantu air itu.
Mendengar
kata-kata itu, Badang memegang sebatang pokok besar berdekatan tebing sungai
itu dengan mudah pokok itu tercabut dari tanah. Apa yang menghaiankan, pokok
itu tercabut berserta akar-akarnya sekali.
Badang
kagum dengan kekuatan yang dimilikinya. Kemudian, adang mencabut beberapa
batang pokok yang lain pula. Ternyata semua pokok itu dapat dia cabut dengan
mudah.
“Lepaskanlah
hamba!”
Badang
lalu memandang hantu air itu lalu melepaskan peganganya pada janggut hantu itu.
“Engkau
boleh pergi sekarang! Tapi lain kali, engkau jangan menganggu lukahku lagi!”
Hantu
itu mengundur lalu pergi dari situ dengan segera. Dengan sekelip mata kelibat
hantu itu sudah hilang.
Badang
memasang semula lukahnya di sungai itu. Dia lalu naik ke tebing dan bergerak
kea rah beberapa batang pokok besar yang berdekatan. Badang cubamenumbangkan
pokok-pokok itu. sekali ianya benar badang berjaya dan pokok-pokok itu tumbang
dengan sekali tolak walaupun ketiadaan hantu itu.
Badang
berasa sangat gembira dengan kekuatan yang dimilikinya sekarang. Dirempuhnya
hutan belantara di seitar sungai. Ada
kalanya Badang menunjal pokok-pokok
besar. Ada kalanya Badang menendang pokok-pokok besar. Dicabutnya
pokok-pokok kecil dengan mudah. Mana-mana pokok yang Badang capai akan habis
terpelanting.
“Aku
sudah gagah! Aku sudah menjadi lebih kuat!”
Suara
Badang bergema memecahkan keheningan kawasan hutan belantara itu. badang terus
menguji kekuatannya sambil menerangkan kawasan hutan yang akan dijadikan huma
atau ladang oleh tuannya itu. Badang segera ke kawasan hutan yang hendak
dibersihkan. Badang lamgsung memulakan kerja-kerjanya menerangkan kawasan hutan
itu. Badang mencabut semua pokok yang ada samaada besar atau kecil dalam masa
yang singkat. Kerjanya semakin pantas dan dalam masa yang singkat tanah yang
ditumbuhi rumput itu mula bersih daripada sebarang tumbuhan. Setelah selesai
menerangkan kawasan itu. Badang berhenti sejenak lalu menghela nafas lega
kerana tugasnya yang patut selesai dalam berminggu-minggu itu dapat Badang
lakukan dalam masa sehari. Penatnya berjaga untuk menangkap pencuri ikan dalam lukahnya tidak
lagi terasa. Melainkan Badang berasa puas hati melihat kawasan tanah yang sudah
terang dan siap untuk dimulakan tanaman baharu. Dengan langkah tangkas, badang
pulang ke rumahnya. Disepanjang jalan, Badang tidak henti-henti mengenangkan
peristiwa yang berlaku.
Sebaik-baik
sampai di rumah, Badang dipanggil tuannya. Tuanya berasa hairan melihatkan
Badang pulang awal daripada biasa dan kelihatan gembira sekali.
“Awal
benar pulangmu, Badang? Bagaimana kerja-kerja menerangkan kawasan hutan yang
aku suruh kau buat itu?” Tanya orang kaya itu.
“Orang
Kaya, sudah hamba selesaikan. Sekarang ini semuanya sudah siap untuk dimulakan
penanaman baru.”
“Benarkah
kata-katamu itu, Badang?
“Betul,
orang kaya! Marilah ikut hamba ke sana. Orang Kaya boleh lihat sendiri keadaan
kawasan tanah yang sudah saya terangkan.”
Badang
membawa Orang Kaya itu pergi ke kawasan hutan yang telah dibersihkannya.
Setibanya di sana tuanya terpinga-pinga melihat keadaan sekeliling . Dia
bagaikan tidak mempercayai apa-apa yang di lihat di situ. Hutan tebal yang
besar itu sudah menjadi kawasan lapang.
“Bagaimana
hutan yang begini luas boleh boleh kamu terangkan dengan cepat, Badang?” Tanya
Orang Kaya Kehairanan.
“Hamba
hanya mencabutnya, Orang Kaya,” jelas Badang.
“Engkau
yang mencabutnya semua pokok ini?Aku macam tidak percaya,” kata Orang Kaya
kepada Badang yang amat dia sayangi itu.
“Betul,
Orang Kaya. Dengan kedua-dua belah tangan saya ini, saya membersihkan kawasan
hutan yang luas ini menjadi terang.”
Memandang
Orang Kaya tercengang-cengang melihat keadaan sekeliling, Badang lalu menceritakan
semula peristiwa yang berlaku. Badang menerangkan kisah dia menangkap hantu air
yang memakan ikan-ikan dalam lukahnya dan dia memakan muntah hantu itu untuk menjadi kuat dan gagah. Badang lalu
pergi ke sebatang poko yang besar. Badang hanya menunjal pokok dengan sedikit
tolakan pokok itu tumbang dan akarnya tertanggal dari permukaan tanah.
Orang
Kaya tercengang melihatkan keletah Badang itu. Orang Kaya turut kagum apabila
melihat Badang dapat mengangkat pokok yang baru tumbang itu dengan kedua-dua
belah tangannya. Dengan mudah, Badang
memindahkan pokok ditangan itu ke arah longgokan pokok yang lain. Orang
Kaya segera mendapatkan Badang lalu memuji-mujinya. Orang Kaya tidak meraguinya
akan kebolehanya. Sayangnya akan Badang semakin bertambah.
Sebelum
mereka berjalan pulang, Orang Kaya telah berkata, “Sebagai balasan kerana
engkau berjaya menerangkan kawasan hutan ini dengan masa yang singkat, aku
merdekakan engkau mulai saat ini, Dengan itu, engkau bukan lagi hambaku.”
Badang
terharu mendengar ucapan Orang Kaya. Dia segera mengucapkan terima kasih dan
melahirkan perasaan hatinya yang gembira itu dengan keputusan Orang Kaya itu.
Dia
melutut di hadapan Orang Kaya sambil berkata berkali-kali, “Terima Kasih, Orang
Kaya! Mulai saat itu, Badang dibenarkan hidup sebagai seorang yang merdeka.