Berdasarkan gambaran
cerita Arnab dan Kura-Kura yang
diteliti oleh saya. Saya menetapkan
gambaran peristiwa mereka kepada kemajuan teknologi. Jika dilihat pada
zahirnya kita percaya dan setuju bahawa arnab memiliki kepantasan yang luar
biasa sewaktu berlari. Begitu juga dengan kemajuan teknologi yang cepat dan
pantas dalam penyebaran maklumat. Dimana penyebaran maklumat dapat kita
sampaikan melalui email, whatsapp, skype,
video call, fax dan sebagainya. Namun
bila dilihat kemajuan teknologi ini juga memberi kesan kepada beberapa masalah.
Antaranya ialah masalah copy paste
dikalangan mahasiswa semasa melaksanakan tugas. Bukan itu sahaja penyebaran maklumat
palsu turut meningkat dalam kalangan masyarakat kini. Akhirnya tanpa kita
jangka masyarakat kini semakin mundur apabila melakukan tingkah laku tersebut.
Begitu juga dilihat pada watak si Arnab yang tanpa kita jangka dia akan kalah,
malahan tidak mustahil kita akan melahirkan generasi yang lemah. Seterusnya,
watak kura-kura yang lambat namun tetap berusaha ini boleh kita katakan akan
melahirkan insan kelas pertama apabila mereka berusaha bukan hanya bergantung
kepada kemajuan tetapi mencari maklumat yang tulen dan aslinya melalui
pembacaan dan bukti zahir dari golongan berilmu sebelum melangkah. Sebagaimana
yang kita tahu setiap pembacaan memerlukan masa untuk dilihat dan dikaji,
begitu juga semasa kita menaip memerlukan masa untuk berfikir. Akhirnya
masyarakat berjaya memiliki keaslian dan ketulenan maklumat.
(Si Pemikir Afifah Suaini- Sentiasa Dahagakan Ilmu))
No comments:
Post a Comment