Tuesday, 31 October 2017

TAFSIRAN TERSIRAT DALAM KISAH ARNAB DAN KURA-KURA



Berdasarkan gambaran cerita Arnab dan Kura-Kura yang diteliti oleh saya. Saya menetapkan  gambaran peristiwa mereka kepada kemajuan teknologi. Jika dilihat pada zahirnya kita percaya dan setuju bahawa arnab memiliki kepantasan yang luar biasa sewaktu berlari. Begitu juga dengan kemajuan teknologi yang cepat dan pantas dalam penyebaran maklumat. Dimana penyebaran maklumat dapat kita sampaikan melalui email, whatsapp, skype, video call, fax dan sebagainya. Namun bila dilihat kemajuan teknologi ini juga memberi kesan kepada beberapa masalah. Antaranya ialah masalah copy paste dikalangan mahasiswa semasa melaksanakan tugas. Bukan itu sahaja penyebaran maklumat palsu turut meningkat dalam kalangan masyarakat kini. Akhirnya tanpa kita jangka masyarakat kini semakin mundur apabila melakukan tingkah laku tersebut. Begitu juga dilihat pada watak si Arnab yang tanpa kita jangka dia akan kalah, malahan tidak mustahil kita akan melahirkan generasi yang lemah. Seterusnya, watak kura-kura yang lambat namun tetap berusaha ini boleh kita katakan akan melahirkan insan kelas pertama apabila mereka berusaha bukan hanya bergantung kepada kemajuan tetapi mencari maklumat yang tulen dan aslinya melalui pembacaan dan bukti zahir dari golongan berilmu sebelum melangkah. Sebagaimana yang kita tahu setiap pembacaan memerlukan masa untuk dilihat dan dikaji, begitu juga semasa kita menaip memerlukan masa untuk berfikir. Akhirnya masyarakat berjaya memiliki keaslian dan ketulenan maklumat.

(Si Pemikir Afifah Suaini- Sentiasa Dahagakan Ilmu))

ELEMEN MULTIMEDIA DALAM SASTERA


TEKS

Teks merupakan tulisan yang digunakan dalam setiap persembahan multimedia. Tujuan utama teks adalah memberi maklumat kepada audien tentang sesuatu perkara yang hendak disampaikan. Teks merujuk kepada huruf, nombor, abjad, simbol dan pelbagai jenis bentuk tulisan. Kesemua jenis teks itu akan membentuk fon yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami serta membawa pengertian tertentu.

GRAFIK

Grafik merupakan maklumat yang terungkap dalam bentuk lukisan, lakaran atau gambar dalam bentuk 2D dimana paparannya dalam bentuk dua dimensi iaitu bersifat mendatar pada satu permukaan sahaja. Manakala paparan 3D mempunyai kepanjangan, kelebaran dan ketinggian. Grafik juga merupakan elemen terpenting dalam persembahan multimedia. Hal demikian kerana grafik menggambarkan suasana dengan lebih jelas.

AUDIO

Audio merupakan bunyi yang mampu memberi kesan dan menarik perhatian khalayak penonton. Penggunaan kesan bunyi mmpu memberi makna bagi sesuatu persembahan, apabila adanya lontaran dialog atau suara latar untuk menjelaskan sesuatu suasana dalam persemabahan multimedia. Secara tidak langsung, audio mampu menperjelaskan cerita atau mesej yang hendak diketengahkan oleh pengarang.

ANIMASI


Animasi merujuk kepada proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau gamabarn bergerak kepeda sesuatu yang dasarnya adalah statik. Secara tidak langsung penggunaan animasi mampu menerangkan sesuatu objek, atau suasana dengan penglihatan gerakan. Apabila kesan pergerakkan atau animasi yang digunakan itu mampu menimbulkan daya tarikan dan keseronokan kepada khalayak, khususnya kepada kanak-kanak yang sedang memahami  mesej  yang dikentengahkan dalam persemabahan multimedia.

Monday, 30 October 2017

LOKASI 2: KOTA JOHOR LAMA, KOTA TINGGI, JOHOR.



Peninggalan Sejarah di pesisiran sungai Johor iaitu di Kota Johor Lama. Gambar atau grafik ini telah saya ambil pada 5 Ogos 2017, Kota Johor Lama ini telah dibina oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II (Sultan Johor Kedua 1528-1564) pada tahun 1540 apabila bagindanberpindah dari Kota Sayong. Kota ini telah dibina daripada susunan tiga jenis batu iaitu granit, batu karang dan batu laterit serta ditambak dengan tanah.


Pernah menjadi menjadi pusat Kerajaan Johor sebanyak dua kali iaitu zaman pemerintahan Sultan Allaudin  Riayat Syah II selama 24 tahun (1540-1587). Dengan terbinanya kota ini, kerajaan johor menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan telah berjaya mematahkan beberapa serangan daripada acheh di zaman pemerintahan Sultan Allauddin Riayat Syah II. Keistimewaan Kota Johor Lama ini adalah ianya terletak diatas bukit yang tinggi dan mampu melihat kapal-kapal, sampan-sampan yang berada di sekitar perairan sungai Johor Lama. Tambahan pula, terdapatnya kubu-kubu pertahanan yang dibuat sebagai pertahanan jika Kota Johor Lama ini diserang oleh musuh. 


Tertubuhnya Kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan telah berjaya mematahkan bebrapa serangan daripada Acheh di zaman pemerintahan Sultan Allauddin  Riayat Syah II walaupun akhirnya tewas pada tahun 1564. Kota Johor Lama juga pernah diserang oleh Portugis pada zaman pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II pada tahun 1567 dan 1578 namun berjaya ditumpaskan oleh tentera-tentera Johor.




Pada 15 Ogos 1587, Kota Johor Lama telah dikepung oleh tentera Portugis selama sebulan di bawah pimpinan Siamo de Abreu da Antonio de Noronha dan telah menyebabkan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah berundur ke Batu Sawar. Setelah Kota Johor Lama ditinggalkan, Portugis telah memusnahkan pusat pentadbiran Kota Johor Lama dan dibakar segala apa yang ada di dalamnya. Kesemua harta yang ada di Kota Johor lama dirampas seperti meriam, perahu besar dan kecil serta segala harta yang ditinggalkan di bawah oleh Portugis. Walaubagaimapun, kapal yang membawa segala hasil rampasan telah karam di perairan Indonesia. Tamat. Jika dirungkai dan diteliti masih banyak lagi peristiwa-peristiwa hebat yang berlaku di perairan Johor. Namun ianya adalah satu anugerah sebagai harta penyimpanan yang harus dikutip dan dicari. Lantaran itu, saya berharap anda semua sama-sama membaca dan mencari dari bukti-bukti tambahan yang sahih agar peninggalan sejarah di pesisiran Sungai Johor terus terpelihara sehingga ke generasi seterusnya.

Sunday, 29 October 2017

LOKASI 1: TANJUNG SURAT


Jeti Tanjung surat merupakan laluan pengangkutan utama penduduk yang tinggal di pulau tanjung surat. Pulau ini memiliki banyak khazanah dan peninggalan lama. Tanjung surat merupakan kawasan hilir disepanjang sungai Johor. Antara peninggalan lama yang ada di pulau tanjung surat adalah istana lama Johor. Berdasarkan maklumat penduduk, istana ini memiliki 200 anak tangga dari pantai.  Berikut gambaran sisa tapak peninggalan istana lama johor yang berada di sini Tanjung Surat. 

JEJAK SEJARAH DI PESISIRAN SUNGAI JOHOR


Sungai Johor merupakan pusat pemerintahan terpenting selepas kejatuhan Kesultanan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Peninggalan pemerintahan kesultanan ini banyak terdapat kesan-kesan sejarah  di sepanjang Sungai Johor, diantaranya ialah makam-makam sultan dan pembesar,  kota-kota dan kubu pertahanan serta bekas tapak istana.  Kawasan yang terlibat dalam peninggalan sejarah ini antaranya Kampung Johor Lama, Kampung Panchor,  Bukit Seluyut,  Tanah Putih,  Kota Seberang,  Batu Sawar,  Kampung Makam dan Kampung Kelantan. 

Bagi memberi kefahaman kepada masyarakat mengenau sejarah Kesultanan Johor khususnya yang pernah bertapak di sepanjang  Sungai Johor,  ia perlu diperkenalkan kepada generasi muda terutamanya seawal di peringkat persekolahan ataupun universiti.  Mengenali dan mencintai sejarah yang bertapaka di sepanjang Sungai Johor yang kini semakin dilupakan. Lantaran itu,  penulisan ini saya hasilkan sebagai satu hasil penulisan yang akan merakam satu anugerah sastera dengan menggunakan medium multimedia. Secara tidak langsung media ini mampu mempermudahkan urusan pembacaan generasi "Y". 


HILIR SUNGAI JOHOR: TANJUNG SURAT



KEKUATAN BADANG DARI MUNTAH HANTU (TOKOH DI KOTA TINGGI)

HASIL TULISAN DARI SUMBER TUKANG CERITA YANG DIKUTIP OLEH AFIFAH SUAINI Pada masa dahulu tinggal seorang pemuda yang bernama ...