Tuesday 7 November 2017

KEKUATAN BADANG DARI MUNTAH HANTU (TOKOH DI KOTA TINGGI)




HASIL TULISAN DARI SUMBER TUKANG CERITA YANG DIKUTIP OLEH AFIFAH SUAINI

Pada masa dahulu tinggal seorang pemuda yang bernama Badang. Badang merupakan seorang pemuda yang rajin. Dimana Badang akan bangun awal pagi untuk turun menebas semak. Sebelum mula kerja menebas Badang akan turun ke sungai untuk melihat lukah yang dipasangnya. Namun Badang terperanjat apabila melihat terdapat timbunan tulang-tulang ikan di tebing sungai berhampiran lukahnya. Lantas Badang segera pergi mengangkat lukahnya. Badang mendapati lukahnya telah diusik orang. Di dalamnya tidak ada ikan kecuali tinggalan sisik-sisik ikan. Dia berasa hairan. Badang menahan lagi lukahnya di tempat yang sama. Kemudian, Badang pergi menyiapkan kerja di rumah tuannya sehingga waktu petang lalu pulang ke rumah tanpa melihat lukahnya pada waktu petang kerana lukah akan mengena pada waktu malam.
Keesokkan harinya seperti biasa Badang akan bangun awal untuk pergi ke sungai bagi melihat lukahnya. Sekali lagi, Badang terperanjat kerana timbunan tulang ikan di tepi sungai itu bertambah banyak. Badang terus pergi mengangkat lukahnya. Badang mendapati lukahnya itu tiada ikan  melainkan sisik ikan sahaja yang tinggal. Peristiwa ini menyebabkan sungai ini dipanggil sungai Sisik. Peristiwa diteruskan apabila Badang bertambah hairan. “Siapakah yang makan ikan mentah di dalam lukah ku?” dia bertanya dalam hatinya.
Badang mengambil keputusan ingin mengintai siapakah yang mencuri ikan di dalam lukahnya itu. Dia menahan semula lukah itu. Apabila hari sudah senja, Badang tidak balik. Sebaliknya Badang pergi mengintai siapakah yang mncuri ikan di dalam lukah itu lalu menyusup masuk ke dalam semak. Apabila larut malam datanglah satu lembaga yang mempunyai muka yang hodoh, matanya yang merah, bertaring panjang, berjanggut dan berambut panjang. Badang beranggap lembaga itu merupakan hantu air. Hantu air itu mengangkat lukah lalu mengambil ikan-ikan di dalamnya.“ Wah, hantu itu rupa-rupanya!” kata Badang di dalam hatinya. “Aku tidak takut kepada hantu itu!” ujar Badang lagi di dalam hatinya. Badang lalu memberanikan dirinya, walaupun berasa seram. Dia segera menerkam dan menangkap janggut hantu itu. Akhirnya hantu itu mengaku kalah dan meminta supaya dilepaskan. Namun Badang tidak melepaskan hantu itu dengan mudah.
Hantu itu merayu-rayu minta dilepaskan. “Kalau tuan hamba melepaskan hamba, hamba akan berikan apa sahaja yang tuan hamab mahu,”ujar hantu itu. Badang terfikir, “Betulkah janji hantu ini?”. Badang memikirkan apa yang dia mahu minta. “Baiklah! Aku mahu jadi gagah perkasa,” kata Badang. “ Kalau tuan hamba mahu jadi gagah , tuan hamba hendaklah makan muntah hamba,” kata hantu itu.
Badang termenung dan berfikir sejenak. “Baiklah! Aku setuju. Cepat! Biar aku jadi gagah,” kata Badang. Hantu itu muntah di atas daun keladi yang ada di situ. Tanpa berlengah lagi, Badang pun makanlah muntah hantu itu sehingga habis.
Setelah melihat Badang selesai makan muntahnya, hantu itu pun berkata, “Harap lepaskan hamba! Hamba telah memenuhi permintaan tua hamba!”
“Tidak!” jawab Badang.
“Walupun aku sudah habis memakan muntah, itu belum bermaksud aku sudah menjadi kuat dan gagah!”
“Kalau tuan hamba tidak percaya, tuan hamba boleh menguji kekuatan baru tuan hamba itu sekarang juga,” Jawab hantu air itu.
Mendengar kata-kata itu, Badang memegang sebatang pokok besar berdekatan tebing sungai itu dengan mudah pokok itu tercabut dari tanah. Apa yang menghaiankan, pokok itu tercabut berserta akar-akarnya sekali.
Badang kagum dengan kekuatan yang dimilikinya. Kemudian, adang mencabut beberapa batang pokok yang lain pula. Ternyata semua pokok itu dapat dia cabut dengan mudah.
“Lepaskanlah hamba!”
Badang lalu memandang hantu air itu lalu melepaskan peganganya pada janggut hantu itu.
“Engkau boleh pergi sekarang! Tapi lain kali, engkau jangan menganggu lukahku lagi!”
Hantu itu mengundur lalu pergi dari situ dengan segera. Dengan sekelip mata kelibat hantu itu sudah hilang.
Badang memasang semula lukahnya di sungai itu. Dia lalu naik ke tebing dan bergerak kea rah beberapa batang pokok besar yang berdekatan. Badang cubamenumbangkan pokok-pokok itu. sekali ianya benar badang berjaya dan pokok-pokok itu tumbang dengan sekali tolak walaupun ketiadaan hantu itu.
Badang berasa sangat gembira dengan kekuatan yang dimilikinya sekarang. Dirempuhnya hutan belantara di seitar  sungai. Ada kalanya Badang menunjal pokok-pokok  besar. Ada kalanya Badang menendang pokok-pokok besar. Dicabutnya pokok-pokok kecil dengan mudah. Mana-mana pokok yang Badang capai akan habis terpelanting.
“Aku sudah gagah! Aku sudah menjadi lebih kuat!”
Suara Badang bergema memecahkan keheningan kawasan hutan belantara itu. badang terus menguji kekuatannya sambil menerangkan kawasan hutan yang akan dijadikan huma atau ladang oleh tuannya itu. Badang segera ke kawasan hutan yang hendak dibersihkan. Badang lamgsung memulakan kerja-kerjanya menerangkan kawasan hutan itu. Badang mencabut semua pokok yang ada samaada besar atau kecil dalam masa yang singkat. Kerjanya semakin pantas dan dalam masa yang singkat tanah yang ditumbuhi rumput itu mula bersih daripada sebarang tumbuhan. Setelah selesai menerangkan kawasan itu. Badang berhenti sejenak lalu menghela nafas lega kerana tugasnya yang patut selesai dalam berminggu-minggu itu dapat Badang lakukan dalam masa sehari. Penatnya berjaga untuk  menangkap pencuri ikan dalam lukahnya tidak lagi terasa. Melainkan Badang berasa puas hati melihat kawasan tanah yang sudah terang dan siap untuk dimulakan tanaman baharu. Dengan langkah tangkas, badang pulang ke rumahnya. Disepanjang jalan, Badang tidak henti-henti mengenangkan peristiwa yang berlaku.
Sebaik-baik sampai di rumah, Badang dipanggil tuannya. Tuanya berasa hairan melihatkan Badang pulang awal daripada biasa dan kelihatan gembira sekali.
“Awal benar pulangmu, Badang? Bagaimana kerja-kerja menerangkan kawasan hutan yang aku suruh kau buat itu?” Tanya orang kaya itu.
“Orang Kaya, sudah hamba selesaikan. Sekarang ini semuanya sudah siap untuk dimulakan penanaman baru.”
“Benarkah kata-katamu itu, Badang?
“Betul, orang kaya! Marilah ikut hamba ke sana. Orang Kaya boleh lihat sendiri keadaan kawasan tanah yang sudah saya terangkan.”
Badang membawa Orang Kaya itu pergi ke kawasan hutan yang telah dibersihkannya. Setibanya di sana tuanya terpinga-pinga melihat keadaan sekeliling . Dia bagaikan tidak mempercayai apa-apa yang di lihat di situ. Hutan tebal yang besar itu sudah menjadi kawasan lapang.
“Bagaimana hutan yang begini luas boleh boleh kamu terangkan dengan cepat, Badang?” Tanya Orang Kaya Kehairanan.
“Hamba hanya mencabutnya, Orang Kaya,” jelas Badang.
“Engkau yang mencabutnya semua pokok ini?Aku macam tidak percaya,” kata Orang Kaya kepada Badang yang amat dia sayangi itu.
“Betul, Orang Kaya. Dengan kedua-dua belah tangan saya ini, saya membersihkan kawasan hutan yang luas ini menjadi terang.”
Memandang Orang Kaya tercengang-cengang melihat keadaan sekeliling, Badang lalu menceritakan semula peristiwa yang berlaku. Badang menerangkan kisah dia menangkap hantu air yang memakan ikan-ikan dalam lukahnya dan dia memakan muntah hantu  itu untuk menjadi kuat dan gagah. Badang lalu pergi ke sebatang poko yang besar. Badang hanya menunjal pokok dengan sedikit tolakan pokok itu tumbang dan akarnya tertanggal dari permukaan tanah.
Orang Kaya tercengang melihatkan keletah Badang itu. Orang Kaya turut kagum apabila melihat Badang dapat mengangkat pokok yang baru tumbang itu dengan kedua-dua belah tangannya. Dengan mudah, Badang   memindahkan pokok ditangan itu ke arah longgokan pokok yang lain. Orang Kaya segera mendapatkan Badang lalu memuji-mujinya. Orang Kaya tidak meraguinya akan kebolehanya. Sayangnya akan Badang semakin bertambah.
Sebelum mereka berjalan pulang, Orang Kaya telah berkata, “Sebagai balasan kerana engkau berjaya menerangkan kawasan hutan ini dengan masa yang singkat, aku merdekakan engkau mulai saat ini, Dengan itu, engkau bukan lagi hambaku.”
Badang terharu mendengar ucapan Orang Kaya. Dia segera mengucapkan terima kasih dan melahirkan perasaan hatinya yang gembira itu dengan keputusan Orang Kaya itu.

Dia melutut di hadapan Orang Kaya sambil berkata berkali-kali, “Terima Kasih, Orang Kaya! Mulai saat itu, Badang dibenarkan hidup sebagai seorang yang merdeka.

Tuesday 31 October 2017

TAFSIRAN TERSIRAT DALAM KISAH ARNAB DAN KURA-KURA



Berdasarkan gambaran cerita Arnab dan Kura-Kura yang diteliti oleh saya. Saya menetapkan  gambaran peristiwa mereka kepada kemajuan teknologi. Jika dilihat pada zahirnya kita percaya dan setuju bahawa arnab memiliki kepantasan yang luar biasa sewaktu berlari. Begitu juga dengan kemajuan teknologi yang cepat dan pantas dalam penyebaran maklumat. Dimana penyebaran maklumat dapat kita sampaikan melalui email, whatsapp, skype, video call, fax dan sebagainya. Namun bila dilihat kemajuan teknologi ini juga memberi kesan kepada beberapa masalah. Antaranya ialah masalah copy paste dikalangan mahasiswa semasa melaksanakan tugas. Bukan itu sahaja penyebaran maklumat palsu turut meningkat dalam kalangan masyarakat kini. Akhirnya tanpa kita jangka masyarakat kini semakin mundur apabila melakukan tingkah laku tersebut. Begitu juga dilihat pada watak si Arnab yang tanpa kita jangka dia akan kalah, malahan tidak mustahil kita akan melahirkan generasi yang lemah. Seterusnya, watak kura-kura yang lambat namun tetap berusaha ini boleh kita katakan akan melahirkan insan kelas pertama apabila mereka berusaha bukan hanya bergantung kepada kemajuan tetapi mencari maklumat yang tulen dan aslinya melalui pembacaan dan bukti zahir dari golongan berilmu sebelum melangkah. Sebagaimana yang kita tahu setiap pembacaan memerlukan masa untuk dilihat dan dikaji, begitu juga semasa kita menaip memerlukan masa untuk berfikir. Akhirnya masyarakat berjaya memiliki keaslian dan ketulenan maklumat.

(Si Pemikir Afifah Suaini- Sentiasa Dahagakan Ilmu))

ELEMEN MULTIMEDIA DALAM SASTERA


TEKS

Teks merupakan tulisan yang digunakan dalam setiap persembahan multimedia. Tujuan utama teks adalah memberi maklumat kepada audien tentang sesuatu perkara yang hendak disampaikan. Teks merujuk kepada huruf, nombor, abjad, simbol dan pelbagai jenis bentuk tulisan. Kesemua jenis teks itu akan membentuk fon yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami serta membawa pengertian tertentu.

GRAFIK

Grafik merupakan maklumat yang terungkap dalam bentuk lukisan, lakaran atau gambar dalam bentuk 2D dimana paparannya dalam bentuk dua dimensi iaitu bersifat mendatar pada satu permukaan sahaja. Manakala paparan 3D mempunyai kepanjangan, kelebaran dan ketinggian. Grafik juga merupakan elemen terpenting dalam persembahan multimedia. Hal demikian kerana grafik menggambarkan suasana dengan lebih jelas.

AUDIO

Audio merupakan bunyi yang mampu memberi kesan dan menarik perhatian khalayak penonton. Penggunaan kesan bunyi mmpu memberi makna bagi sesuatu persembahan, apabila adanya lontaran dialog atau suara latar untuk menjelaskan sesuatu suasana dalam persemabahan multimedia. Secara tidak langsung, audio mampu menperjelaskan cerita atau mesej yang hendak diketengahkan oleh pengarang.

ANIMASI


Animasi merujuk kepada proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau gamabarn bergerak kepeda sesuatu yang dasarnya adalah statik. Secara tidak langsung penggunaan animasi mampu menerangkan sesuatu objek, atau suasana dengan penglihatan gerakan. Apabila kesan pergerakkan atau animasi yang digunakan itu mampu menimbulkan daya tarikan dan keseronokan kepada khalayak, khususnya kepada kanak-kanak yang sedang memahami  mesej  yang dikentengahkan dalam persemabahan multimedia.

Monday 30 October 2017

LOKASI 2: KOTA JOHOR LAMA, KOTA TINGGI, JOHOR.



Peninggalan Sejarah di pesisiran sungai Johor iaitu di Kota Johor Lama. Gambar atau grafik ini telah saya ambil pada 5 Ogos 2017, Kota Johor Lama ini telah dibina oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II (Sultan Johor Kedua 1528-1564) pada tahun 1540 apabila bagindanberpindah dari Kota Sayong. Kota ini telah dibina daripada susunan tiga jenis batu iaitu granit, batu karang dan batu laterit serta ditambak dengan tanah.


Pernah menjadi menjadi pusat Kerajaan Johor sebanyak dua kali iaitu zaman pemerintahan Sultan Allaudin  Riayat Syah II selama 24 tahun (1540-1587). Dengan terbinanya kota ini, kerajaan johor menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan telah berjaya mematahkan beberapa serangan daripada acheh di zaman pemerintahan Sultan Allauddin Riayat Syah II. Keistimewaan Kota Johor Lama ini adalah ianya terletak diatas bukit yang tinggi dan mampu melihat kapal-kapal, sampan-sampan yang berada di sekitar perairan sungai Johor Lama. Tambahan pula, terdapatnya kubu-kubu pertahanan yang dibuat sebagai pertahanan jika Kota Johor Lama ini diserang oleh musuh. 


Tertubuhnya Kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan telah berjaya mematahkan bebrapa serangan daripada Acheh di zaman pemerintahan Sultan Allauddin  Riayat Syah II walaupun akhirnya tewas pada tahun 1564. Kota Johor Lama juga pernah diserang oleh Portugis pada zaman pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II pada tahun 1567 dan 1578 namun berjaya ditumpaskan oleh tentera-tentera Johor.




Pada 15 Ogos 1587, Kota Johor Lama telah dikepung oleh tentera Portugis selama sebulan di bawah pimpinan Siamo de Abreu da Antonio de Noronha dan telah menyebabkan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah berundur ke Batu Sawar. Setelah Kota Johor Lama ditinggalkan, Portugis telah memusnahkan pusat pentadbiran Kota Johor Lama dan dibakar segala apa yang ada di dalamnya. Kesemua harta yang ada di Kota Johor lama dirampas seperti meriam, perahu besar dan kecil serta segala harta yang ditinggalkan di bawah oleh Portugis. Walaubagaimapun, kapal yang membawa segala hasil rampasan telah karam di perairan Indonesia. Tamat. Jika dirungkai dan diteliti masih banyak lagi peristiwa-peristiwa hebat yang berlaku di perairan Johor. Namun ianya adalah satu anugerah sebagai harta penyimpanan yang harus dikutip dan dicari. Lantaran itu, saya berharap anda semua sama-sama membaca dan mencari dari bukti-bukti tambahan yang sahih agar peninggalan sejarah di pesisiran Sungai Johor terus terpelihara sehingga ke generasi seterusnya.

Sunday 29 October 2017

LOKASI 1: TANJUNG SURAT


Jeti Tanjung surat merupakan laluan pengangkutan utama penduduk yang tinggal di pulau tanjung surat. Pulau ini memiliki banyak khazanah dan peninggalan lama. Tanjung surat merupakan kawasan hilir disepanjang sungai Johor. Antara peninggalan lama yang ada di pulau tanjung surat adalah istana lama Johor. Berdasarkan maklumat penduduk, istana ini memiliki 200 anak tangga dari pantai.  Berikut gambaran sisa tapak peninggalan istana lama johor yang berada di sini Tanjung Surat. 

JEJAK SEJARAH DI PESISIRAN SUNGAI JOHOR


Sungai Johor merupakan pusat pemerintahan terpenting selepas kejatuhan Kesultanan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Peninggalan pemerintahan kesultanan ini banyak terdapat kesan-kesan sejarah  di sepanjang Sungai Johor, diantaranya ialah makam-makam sultan dan pembesar,  kota-kota dan kubu pertahanan serta bekas tapak istana.  Kawasan yang terlibat dalam peninggalan sejarah ini antaranya Kampung Johor Lama, Kampung Panchor,  Bukit Seluyut,  Tanah Putih,  Kota Seberang,  Batu Sawar,  Kampung Makam dan Kampung Kelantan. 

Bagi memberi kefahaman kepada masyarakat mengenau sejarah Kesultanan Johor khususnya yang pernah bertapak di sepanjang  Sungai Johor,  ia perlu diperkenalkan kepada generasi muda terutamanya seawal di peringkat persekolahan ataupun universiti.  Mengenali dan mencintai sejarah yang bertapaka di sepanjang Sungai Johor yang kini semakin dilupakan. Lantaran itu,  penulisan ini saya hasilkan sebagai satu hasil penulisan yang akan merakam satu anugerah sastera dengan menggunakan medium multimedia. Secara tidak langsung media ini mampu mempermudahkan urusan pembacaan generasi "Y". 


HILIR SUNGAI JOHOR: TANJUNG SURAT



KEKUATAN BADANG DARI MUNTAH HANTU (TOKOH DI KOTA TINGGI)

HASIL TULISAN DARI SUMBER TUKANG CERITA YANG DIKUTIP OLEH AFIFAH SUAINI Pada masa dahulu tinggal seorang pemuda yang bernama ...